BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

ISTIQAMAH BARSAMA :)

Monday, December 27, 2010

My Friend Instantly...



Inilah teman saya.. Sekejap jer 'dia' datang rumah... hehehe... But, it's okay.. Thanks for staying at my home... TQ...

My Family at Family Day, Port Dickson...


Berdiri dari kiri : it's me, dik khai, hilmi, kak lang, kak long...
Duduk dari kiri : angah, my dad, my mum, my grandma...

Sunday, December 19, 2010

Family Day "JOM SERONOK" 2010. ~Bhgn 3~

~SALAM FAMILY DAY...!!!!~
VENUE : Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia, Port Dickson.
 
Time to sport..!!
Waahh...!!! Penat3... Baru lepas habis bersukaneka. Program pagi tadi bermula pada pukul 7.45 pagi. Semua suadara-mara berkumpul di padang untuk senamrobik sebelum acara bermula. Senamrobik kami diketuai oleh otai kita, mak long. hehe.. Warming up dan pergerakan ringan sahaja. Last sekali,,,, chicken dance lar. hehehe... Tak taw lah kenapa chicken dance tue mesti ada tiap-tiap tahun. Trademark dance untuk family kot. hehehe

Senamrobik...
Chicken dance...!!!

Selepas senamrobik, sukaneka bermula dengan aktiviti kanak-kanak dan diikuti dewasa serta terbuka kepada peringkat umur. Antara aktiviti tersebut adalah :
  • cari gula-gula
  • kumpul bola
  • tarik bola dgn gelung rotan
  • lari bawa bola ping pong
  • lari bawa bola berpasangan
  • makan tembikai berpasangan
  • selipar buta
  • boling kelapa
  • dan lain-lain lagi...
Rehat sebentar.. hee
Antara acara wajib tiap-tiap tahun :
  • baling belon berair berpasangan
  • kupas kulit epal terpanjang
  • dart belon
  • biskut langit
  • dan pijak belon dalam air sabun
Masa untuk kupas kulit epal.. Epal HIJAU..!!
 Kemudian, aktiviti tamat pada pukul 12.30 tghari dan makan tengahari. Acara petang pula adalah penyampaian hadiah kepada pemenang. Tahniah kepada para pemenang....!! TQ...

Suka-suka..!!

Family Day "JOM SERONOK" 2010. ~Bhgn 2~

~SALAM FAMILY DAY...!!!!~
VENUE : Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia, Port Dickson.


Alhamdulillah. Makan malam family sangat mengenyangkan saya. Macam-macam ada... hehehe. Tapi tak semua makanan dapat makan. By the way, memang sangat kenyang. Dengan nasi goreng cina, ikan bayar, sweet corn, salad, sosej bakar dan shellfish stew. Em cuma ayam bakar, bihun goreng dan French fries je yang tak dapat makan. Sbb dah hbs, tak sempat ambil.. huhuhu.. Anyway, memang sangat sedap. hehehe.

Sempat lagi bergambar time makan.. hehehe
 Sambil makan-makan plak ada buat aktiviti. Antaranya, child catwalk bawah 7 tahun, newspaper dance, cari harta karun, blind date, music chair, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah. Selingan juga dengan video keluarga dan aktiviti family day since tahun 2006 - 2008. Video tak dapat nak bagi all readers tengok, Video tue belum dapat dikesan lagi. hee5. Kalau ada saya akan lampirkan kemudian.

Eh3, gi makn lar.. Main2 fon plak dy...
Macam-macam hadiah kami dapat. Mostly kak long saya dapat banyak hadiah. Blind date dia dapat, cari harta karun dia dapat, music chair pun dia dapat juga. Saya dapat dua jer hadiah, music chair no. 2 dan 'the best theme shirt', hehehe, baju tema terbaik lar kononye. Tak sangka plak tema malam tue 'pajamas, night gown, and nightdress'.. huhuh... 

Haha. igt kan nk pkai sje2. Rupanye sama ngn bju tema mlm tue..



 Jam 12 lebih semua bersiap untuk tidur. Time to sleep..!!! Night, sweet dream...TQ...

Saturday, December 18, 2010

Family Day "JOM SERONOK" 2010. ~Bhgn 1~

~SALAM FAMILY DAY...!!!!~
VENUE : Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia, Port Dickson.

Time to go...!! bkn naik motor k... hee
 Dec 18 - "Eyowlar...". Saya bangun pagi dan bersiap untuk ke Port Dickson dengan ayah. Ayah, angah, kak lang, saya dan hilmi datang awal ke PD untuk menyiapkan pendaftaran kerana pada tahun ini giliran family saya 'conduct' beberapa aktiviti. 

Cepat2 limber rock time..!!! haha
Sempat jer amik gmbar... huhu
Pada sebelah petang aktiviti sukaneka dan permainan diadakan. Antaranya, limber rock, lari dalam plastik, keretapi terpanjang, bola baling dan lain-lain lagi. Tamat aktiviti petang semua dibenarkan mandi-manda di pantai. Namun, saya terus pulang ke bilik awal, jam 4.20 petang disebabkan sakit kepala yang teramat sangat secara tiba-tiba. Petang itu, saya tidak berada di pantai lama, tetapi saya hanya berehat sebelum bersiap-siap untuk makan malam.

TIME TO EAT...!!! Yurm3...

Cedap nye ain makan... nak sikit???
Waaaah.....!!!! Sedap, sedap, sedap... Buka selera saya betul. Nasi goreng, ayam bakar, sweet corn (fav) dan macam-macam lagi. Nak2 lagi sambil tengok bola.. hehehe.. Itu bagi peminat bola lah. Tapi saya sibuk plak menulis blog. hehehe. Em sambil2 makan malam juga diadakan beberapa aktiviti... Em..... Em..... Em.... nak makan dulu lah... Jom MAKAN...!! Jemput3... Heeee.. Nanti saya sambung tulis blog semula bila free nanti... TQ...

First TIME ..!! Balik Kg Cuti Semester....

Best balik kg....


Bila nak sampai????
Adik nak amik gambar skali...!!!

JOM BALIK KG..!!!

Gembiranya saya dapat balik kampung dalam cuti semester 2010 nie. rindu sangat saya pada wan dan atok. Seminggu sebelum balik kampung wan, atok dan saudara lain ada datang ziarah kat rumah. Wan dan atok ajak saya balik kampung, tapi.... permission dari madam (mak) tak dapat plak. Sedih, sedih, sedih huhuhu. Seminggu lepas tue baru dapat balik kampung jumpe wan dan atok.. HAPPY...!!


Saya dan family makan malam kat luar sebelum sampai kampung. Malam itu saya belanja satu family makan. Hehehe bila lagi nak dapat saya belanja. Itu lah masanya yang ada dan itu lah juga masanya juga elaun saya cukup untuk belanja makan malam. Malam itu, saya dan family sampai kampung kira-kira jam 10 lebih. 
Dua hari kemudian, saya pulang ke rumah. But, dont worry wan dan atok saya akan balik lagi seminggu akan datang untuk family day pula... TQ..

Katakan "Tak Nak!!" pada ROKOK,,,





 Hukum Rokok

Beberapa fatwa dari para ulama terkemuka tentang hukum rokok :“Merokok hukumnya haram, begitu juga memperdagangkannya. Kerana di dalamnya terdapat sesuatu yang membahayakan. Telah diriwayatkan dalam sebuah hadits :

لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ أخرجه الإمام أحمد في المسند ومالك في الموطأ وابن ماجة
“ Tidak (boleh melakukan/menggunakan sesuatu yang) berbahaya atau membahayakan” 
(Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, Malik dan Atturmuzi)
Dunia kedoktoran telah membuktikan bahwa mengkonsumsi barang ini dapat membahayakan, jika membahayakan maka hukumnya haram. Dalil lainnya adalah firman Allah ta’ala:
(وَلاَ تُؤْتُوا السُّفَهَاءَ أَمْوَالَكُمْ الَّتِى جَعَلَ اللهُ لَكُمْ قِيَامًا ( النساء : 5

“ Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya, harta (mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan..”
(An Nisa:5)

All together avoid smoking..!!!

Bantahan Terhadap Dalih Para Perokok

Syubhat: Sebahagian perokok mengatakan: ”Rokok sudah menjadi kebiasaan sebahagian besar manusia, sehingga tidak mungkin kita mengatakan kebiasaan yang berjalan adalah haram.”

Jawapan: Kebiasaan yang berada ditengah masyarakat bukan dalil untuk membolehkan kebiasaan tersebut, kerana begitu banyak sekali hal-hal yang haram telah menjadi kebiasaan yang berada di tengah-tengah masyarakat, seperti tersebarnya aktiviti riba, minuman keras, zina, alat muzik, mendedahkan aurat, mengumpat sesama muslim dan lain sebagainya.

Syubhat: Sebahagian perokok mengatakan bahawa dirinya sudah bertahun-tahun bergelumang dengan rokok sehingga tidak mungkin dapat dipisahkan antara dirinya dengan rokok yang telah menjadi teman setia dalam hidupnya.

Jawapan: Semua dapat dilakukan kalau pelakunya mempunyai niat ikhlas kerana Allah SWT. Buktinya ketika berpuasa di siang hari mereka mampu meninggalkan rokok. Oleh kerana itu, tinggalkan rokok hanya kerana Allah SWT bukan kerana yang lain. Apakah rokok adalah keperluan kita, sehingga tidak boleh berpisah dengannya. Padahal rokok tidaklah membuat kenyang dan gemuk, padahal tanpa rokok juga kita masih mampu bertahan untuk hidup. Justeru rokok adalah musuh kita kerana setiap saat mencuri wang kita, membakar wang kita. Harta kita dia palingkan kepada rokok padahal masih banyak hal yang lebih penting dan bermanfaat. Begitulah sebagian kejahatan rokok bagi kehidupan manusia tetapi adakah yang faham dengan musuh dalam selimut ini?!.
Syubhat: Sebahagian perokok membantah: ”Rokok pada zaman Nabi sehingga tidak mungkin haram.” atau ”Mana Ayat Al-Qur’an yang menyebutkan bahwa rokok itu haram.!”

Jawapan: Dalam Al-Qur’an telah disebutkan semua barang yang buruk dan barang yang baik, seperti mana firman Allah SWT :

”… Tidak satupun (yang tidak disebutkan) dalam Al-Qur’an …” (QS. Al-An’am:38).

Akan tetapi, kita harus tahu bahwa tidak semuanya disebutkan satu per satu namanya di dalam Al-Qur’an. Allah SWT adakalanya menyebutkan sesuatu dengan namanya namun adakalanya hanya menyebutkan sesuatu dengan sifatnya. Adapun rokok maka termasuk yang disebut oleh Allah SWT dengan sifatnya. Andaikan semuanya yang halal dan haram harus disebut namanya, maka berapa jilid kah diperlukan untuk menyebutkannnya. Ini lah hikmah Al-Qur’an hanya menyebutkan rokok dan hal-hal yang diharamkan lainnya hanya dengan penyebutan sifatnya sehingga kitab Al-Qur’an tetap mencakup seluruh permasalahan manusia. Dengan ukuran yang kecil dan tipis ini maka Al-Qur’an mudah untuk dipelajari dan mudah untuk dihafal.

Syubhat: Sebagian perokok mengatakan rokok adalah simbol kelakian sejati, menurut mereka lelaki tidak lengkap kalau tidak menghisap rokok”

Jawaban: Ini anggapan yang keliru apakah orang yang melanggar larangan Allah adalah orang yang berkelakian sejati? Bukankah orang yang melaksanakan apa yang diharamkan Allah adalah orang yang kurang ajar. Bukankah juga jelas peringatan bahawa merokok bolah menimbulkan impotensi, gangguan kehamilan dan janin?!.

Syubhat: Sebagian perokok mengatakan dengan sikap fanatiknya: ”Guru saya juga merokok,  bahkan doktor juga ada yang merokok.”

Jawaban: Kalau sudah jelas dalil bahawa rokok hukumnya haram dan sudah banyak kenyataan bahwa rokok berbahaya, maka wajib bagi kita mengikuti dalil, bukan mengikuti manusia walaupun dia adalah seorang guru, mahupun doktor kerana semua manusia pasti akan bersalah dan keliru kerana mereka tidak ma’shum (terjaga dari kesalahan).

Syubhat: Sebahagian perokok mengatakan mereka yang merokok boleh sahaja berumur panjang dan sihat tidak merasakan bahaya merokok.”

Jawaban: Kita tegaskan kepada mereka: Kalaupun rokok memang belum membahayakan jiwa mereka setidaknya rokok telah membahayakan harta mereka, akhlak mereka, agama dan masyarakat mereka. Bahaya rokok terhadap kesihatan terkadang hanya boleh terlihat suatu saat, sebagaimana biasanya disaksikan pada mereka yang bertahan hidup lama dengan tetap merokok. Kita katakan pada mereka: ”Apakah anda rela bila anak-anak anda merokok? Kan umur ditangan Allah dan ada perokok yang umurnya panjang.” atau kita katakan: ”Kenapa anda tidak menyarankan dan menganjurkan kepada anak anda untuk merokok sedari kecil, kalau memang rokok tidak membahayakan kesehatan.”

Oleh itu, SEDARlah wahai PEROKOK bahawa rokok banyak membawa kepada kebinasaan berbanding kebaikan...