BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

ISTIQAMAH BARSAMA :)

Saturday, October 16, 2010

PERCUTIAN YANG MENYERONOKKAN...

Kuiz Permodalan Nasional Berhab ( 11-13 Oktober 2010 )


Saya dan 3 rakan seperjuangan diiringi En. Izan sebagai pensyarah pengiring telah memulakan perjalanan untuk menghadirkan diri ke Kuiz Permodalan Nasional Berhad. Kami bertolak pada pukul 3.45 petang dan tiba di Equatorial Hotel, Bangi dalam lingkungan 4.30 petang. Rupa-rupanya hotel tersebut berhampiran dengan Bangi Golf Resort di mana saya pernah menghadirkan diri dalam satu majlis makan malam bersama Naib Counselor sewaktu pengajian saya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Setibanya kami di Equatorial Hotel, awalnya kami mendaftarkan diri untuk pengagihan bilik penginapan masing-masing. Alhamdulillah, saya bersama 2 orang rakan lain ditempatkan di bilik yang sama, manakala seorang lagi, Mei Mun, yang berbangsa Cina ditempatkan bersama peserta Cina dari IPG yang lain dalam satu bilik yang sama. En. Izan pula ditempatkan bersama pensyarah pengiring yang lain.


 Kemudian, tepat jam 6.30 petang kami diberi hidangan makan malam di hadapan ballroom hotel tersebut. Makanan yang disediakan sangat membuka selera kami terutamanya Amira dan Mei Mun. Tidak puas mereka menjamu semua jenis makanan yang dihidangankan. Sangat berselera sekali saya melihat mereka menjamu makanan tersebut. Bak kata pepatah 'SEHINGGA MENJILAT JARI'. Sedap sungguh...


Pada pukul 8.30 malam, kami dan peserta-peserta kuiz yang lain bersedia untuk mengambil ujian saringan di peringkat suku akhir kebangsaan kuiz PNB. Kami diberi masa selama 45 minit untuk melengkapkan borang OMR yang berjumlah 50 soalan berkaitan PNB, ASNB, perdagangan dan ekonomi asas. Apabila tamat ujian, kami diberitahu bahawa sesiapa yang layak ke peringkat separuh akhir akan diumumkan pada keesokan harinya. Pada malam itu juga kami dihidangkan dengan ‘supper’ iaitu bihun goreng, tat buah-buahan dan beberapa jenis buah-buahan segar.

12 Oktober 2010 - Pada jam 6.45 pagi, kami mengambil sarapan pagi di Lavista café. Pelbagai juadah sarapan pagi yang disedikan. Ianya sangat menyelerakan. Akan tetapi kami tidak menjamu kesemuanya kerana ‘nervous’ memikirkan kuiz ke separuh akhir. Pada jam 8.30 pagi kami bertolak ke Dewan Seri Endon, Putrajaya, untuk meneruskan perjuangan yang bakal tiba.


Tibalah giliran kami diumumkan untuk ke separuh akhir kiuz tersebut. Saya dan Husna berpeluang memasuki ke peringkat seterusnya. Akan tetapi nasib tidak menyebelahi kami, dan kami tersingkir dari memasuki peringkat akhir dengan kekalahan -4 di papan portfolio. Kemenangan di peringkat akhir berpihak kepada IPG Kampus Sultan Mizan.
Setelah tamat program, kami bertolak pulang ke hotel semula. Sebelah petangnya, jam 6.00 petang saya dan Amira berpeluang merasai kehangatan spa yang dipakejkan bersama penginapan kami. Husna dan Mei Mun hanya meluangkan masa mereka dengan berchatting di internet. Kehangatan spa membuatkan saya dan Amira terleka hingga jam 7.10 malam.


Selepas menunaikan solat Magrib kami berempat menikmati makan malam di Lavista café. Pada malam itu kami tidak puas-puas menjamu selera, daripada nasi, ‘cake’, ‘dessert’, buah-buahan hinggalah ke pizza dan lain-lain lagi. Setelah lebih kurang 2 jam kami makan di café, kami kembali ke bilik semula untuk berehat.

Dan keesokan harinya selepas sarapan pagi, kami pulang ke kampus Raja Melewar semula dan memulakan sesi pembelajaran seperti biasa. Walau bagaimanapun kami tetap seronok dan gembira dengan 'services' yang diberikan dari pihak hotel dan juga pihak PNB. Ianya adalah percutian percuma yang menyeronokkan... TQ..

Friday, October 8, 2010

VIDEO LATIHAN KEMERDEKAAN KE-53 di BKT JALIL...

SEMOGA TERHIBUR...



Sekalung penghargaan kepada semua guru pelatih Pendidikan Islam, Kumpulan H5 dan B9 serta mana-mana guru pelatih yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembikinan video ini... TQ...

Tuesday, October 5, 2010

Sesi Latihan Khat Pend. Islam

Salah satu model yang telah dihasilkan.

28 September '10 - Sesi latihan penulisan khat guru pelatih Pendidikan Islam Sem 1 (Jun 2010). Kurang lebih 6 model yang telah dihasilkan dengan kraetiviti guru pelatih sendiri. Suasana cukup meriah dan heboh kerana sesi latihan tersebut adalah penghasilan tersulung kami. Dengan adanya bantuan dan penerangan daripada pensyarah bimbingan, Ustaz Malik bin Norakit, sesi latihan ini mampu disempurnakan dengan jayanya. Kemudian, tepat jam 6.15 petang semua guru pelatih bersurai dan sesi latihan ditamatkan... TQ.