BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

ISTIQAMAH BARSAMA :)

Saturday, November 27, 2010

Aidiladha 1431H...!!!

ALAHAI KETUPAT....


Petang 15 Nov 2010 saya sudah selesai menamatkan peperiksaan yang terakhir bagi semester pertama di IPRM. 'Complicated' juga peperiksaan pada petang itu. Naik pening kepala saya menjawabnya. Walaupun petang itu kebanyakkan pelajar dibenarkan pulang, namun saya tidak berpeluang untuk pulang awal kerana keadaan tidak begitu mengizinkan. Namun, mak dan ayah bercadang untuk menjemput saya pada petang esoknya. Esok adalah hari yang agak sibuk di kampung tetapi saya tidak berkesempatan untuk menolong bagi persiapan raya lusanya.


Dari pagi hingga ke petang 16 Nov saya hanya berkemas dan menunggu kedatangan ‘family’ untuk menjemput saya dan ‘my stuff’. Lebih kurang pukul 5 petang ayah dan mak datang serta membawa saya pulang ke kampung. Setibanya di kampung, alahai kesiannya wan (nenek) saya terpaksa melakukan kerja-kerja persiapan raya. Tetapi, Alhamdulillah ada mak saudara saya yang datang menolong. Ketika tiba di kampung, wan sedang menganyam ketupat. Kemudian, saya dan siblings terus menolong wan di dapur. Itulah ‘favorite’ saya dan ‘siblings’ sehari sebelum raya. Tolong wan anyam ketupat… Seronok3…!!! Rugi tak cuba… Nanti saya ajar u all buat k mane yang belum tahu buat.. Especially ‘pia student’….!! BUZZ!!
tq....

Monday, November 8, 2010

Bowling, bowling, bowling....


Selepas tamat Family Day di Melaka, keluarga saya telah ambil kesempatan untuk membeli-belah di sana. Tempat pertama kami mula jejakkan kaki adalah MYDIN, Ayer Keroh. Sangat besar. Tapi, disebabkan saya ber-'mood' yang kurang baik, saya tidak menyertai keluarga membeli-belah di sana. Saya hanya menunggu di luar pasar raya keseorangan dengan hanya melihat pelbagai jenis gelagat manusia kini. Daripada yang tua hinggalah yang paling kecil, 'baby'. Macam-macam karenah mereka.


Kemudian, keluarga saya merancang untuk berjalan seketika di Banda Hilir. Perjalanan ke sana yang sememangnya hanya mengambil masa selama 10 hingga 15 minit menjadi hampir 1 jam disebabkan kesesakan lalu lintas yang berlaku bermula dari Ayer Keroh hinggalah ke Banda Hilir. Kami hampir berputus asa untuk ke Banda Hilir, dan akhirnya sampi jua kami pada jam 6.20 petang. Tatkala di sana, saya dan adik berjalan-jalan di sekitar Mahkota Parade meninggalkan yang lain yang leka membeli-belah di kawasan sekitar Dataran Pahlawan.


Kesempatan berjalan-jalan di Mahkota Parade membuatkan saya dan adik menjejakkan kaki untuk kali pertama di pusat bowling Mahkota Parade. Kami sempat bermain 1 ‘game’ sementara menunggu yang lain habis membeli-belah. Jam 7.05 malam kami beredar dan solat Magrib di Dataran Pahlawan, ‘shopping mall’. Selepas solat, saya dan keluarga makan malam di ‘cik nah café’, Banda Hilir. Kemudian kami bertolak pulang dan tiba di rumah jam 12.30 tengah malam…TQ.


Family Day SK Pasoh 1 (felda)

Bermula tarikh 5 November 2010 saya dan keluarga melibatkan diri dalam Hari Keluarga SK Pasoh 1 (felda). Program tersebut diadakan di Ayer Keroh Country Resort. Ianya bersebelahan dengan Mini Malaysia, Melaka. Setelah tiba dan mendaftarkan bilik untuk setiap keluarga guru dan staff SK Pasoh 1, kami diberi rehat sehingga jam 4.30 petang. Pada petang tersebut, telah berlangsungnya aktiviti sukaneka untuk para peserta yang terlibat. Kemudian kami berpeluang untuk menikmati kejernihan air kolam di Country Resort.

Pada malamnya, semua guru dan staff terlibat dijemput untuk makam malam di cafe resort pada pukul 8.00 malam. Majlis makan malam diadakan dengan gilang-gemilang sekali. Pelbagai juadah yang dihidangkan kepada kami. Majlis penyampaian hadiah bagi aktiviti sukaneka turut diadakan juga. Pelbagai hadiah yang disediakan termasuklah cabutan nama bertuah bagi guru dan staff sekolah. Majlis berakhir pada pukul 10.30 malam.

Keesokan harinya, selepas mengambil sarapan pagi kami berpeluang untuk mandi di kolam Country Resort itu lagi. Kemudian, tepat jam 12.00 tenghari, kami perlu mendaftar keluar dari hotel tersebut. Selepas itu, kami perlu menghadirkan diri untuk majlis penutup program hari keluarga sekolah. Majlis penutup diadakan bagi jamuan makan tengahari kami disamping majlis cabutan bertuah untuk semua peserta yang terlibat. Pelbagai jenis hadiah yang disediakan, daripada bersaiz S hinggalah ke saiz XL. Tepat jam 1.30 tengahari majlis penutup berakhir. Semua peserta yang terlibat bersurai dan program Hari Keluarga SK Pasoh 1 ditamatkan...TQ.