BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

ISTIQAMAH BARSAMA :)

Monday, March 10, 2014

KEMBALI MENGIMBAU KENANGAN LALU....

Tahun 2013 yang lepas aku menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah kebanggaanku di SK Pasoh 3 (f). Jom kita tinjau sekolah ini....

Ini Logo/Lencana SK Pasoh 3



Peta Sekolah



Ini kandang arnab. Bersih tempatnya. Seronok tengok

Ini pelajarnya.. Nampak mcm sikit je...



Ini surau sekolah



Ramaikan...?


Makmal komputer





Ini kelas pemulihan



Kawasan Pra Sekolah



Perhimpunan di kantin...
Banyak lagi gambar sebenarnya. Tapi ini sahaja yang dapat diuploadkan. Seronok berPBS di SK Pasoh 3. Jumpa lagi!!!!

Thursday, December 29, 2011

JALAN-JALAN CAMERON HIGHLAND...

22 - 23 DEC 2011 : Aku dan 'family' aku pergi jalan-jalan ke Cameron Highland. Kami bertolak pada pukul 10.30 pagi waktu Malaysia. Perjalanan kami ke Cameron Highland agak lama. Dari Felda Pasoh 2 terus ke Karak, Karak ke Raub dan Raub ke Felda Sg. Koyan. Dari Felda Sg. Koyan kami melalui kawasan berbukit-bukau iaitu 'area' Pos Betau. Kawasan itu lebih kurang macam kawasan perkampungan orang asli.





Walau bagaimanapun jalan-jalan di sana agak selesa cuma tidak ramai yang melalui jalan itu. Pelbagai panorama yang terdapat di sana. Rasa aman dan nyaman melalui jalan tersebut. Begitu banyak lurah dan gaung yang dalam semasa melalui jalan tersebut. Walaupun begitu, ramai pekerja buruh yang sanggup bekerja di sana demi memastikan kawasan jalan yang selesa dan sumber elektrik yang baik. Apa yang kami kagum ialah di kawasan tersebut terdapat perumahan yang disediakan bagi orang asli di sana. Rumah yang dibina sangat selesa seperti di taman-taman yang ada di kawasan kita.

 


Setelah melaui kawasan begunung-ganang tersebut, tibalah kami di kawasan berhampiran Ringlet, Pahang. Setibanya di sana, banyak penanaman pokok bunga dan sayuran yang dilaksanakan. Korang boleh lihat penanaman di kawasan berhampiran Ringlet di bawah ini.




Kemudian tibalah aku dan 'family' di kawasan yang bernama Ringlet. Kami meneruskan lagi perjalanan naik ke atas untuk sampai ke Cameron Highland. Dalam pada itu kami telah melalui sebatang sungai yang agak besar (dah macam tasik aku tengok). Nama sunagi itu adalah Sg. Khazanah. 'Then' aku dan 'family' meneruskan perjalanan singgalah kami tiba di Ladang Teh : 'Tea Farm Valley, Cameron Highland'. Kami hanya berhenti seketika sahaja untuk melihat ladang tepi dari kawasan telak kereta di tepi jalan. Sempat juga kami bergambar. Hehehe...




Jauh lagi ni dari tempat penginapan yang 'family' aku 'order'. 'Then' kami teruskan lagi perjalanan hingga sampai di Tanah Rata. Haa, di sinilah kawasan kami menginap.

Nie lah Tanah Rata

Tanah Rata tue macam pekan cikit lar. Macam-macam ada kat sini. Barang pun banyak yang murah-murah kat sini. Tempat menginap pun banyak juga kat sini. Tapi atas dari Tanah Rata nie pun ada juga tempat menginap. Orang kata, lagi tinggi lagi rasa kesejukkannya. Macam tahun yang sudah, aku pernah ke Cameron  Highland juga dengan kawan-kawan masa aku Form 4. 'Time' tue aku dan kawan-kawan menginap di Jasmine Hotel di Brinchang. Brinchang kawasannya atas lagi dari Tanah Rata.


Lepas aku dan 'family' daftar masuk hotel kami rehat-rehat sekejap sebelum bergerak keluar pada pukul 5. Haa, pada pukul 5 itulah aku dan 'family' saje melawat kat 'strawberry farm'. Macam-macam ada kat sana. Bukan strawberry je, banyak lagi pokok-pokok renek yang ada termasuklah pokok kaktus.

















Selepas habis sahaja melawat 'strawberry farm', aku dan 'family' naik ke Brinchang. Kami jalan-jalan di pasar malam kat sana. Walaupun nampak 'best' pergi pasar malam tetapi agak kurang seronok lar malam tu sebab hujan lebat malam. Apa pun kami redah ajeee. Dari 'start' hujan hingga ke hujan lebat sampai lar hujan reda. Malam itu sangat kesejukan kami. Dengan berhujannya dan angin yang agak-agak sejuk. Gigil aku cakap korang...


Haa... Gambar di atas nie aku dan 'family' pergi ke MARDI. Pagi 23 Dec (Jumaat) kami ke MARDI untuk melihat pelbagai jenis tanaman yang diusahakan pihak MARDI. Seronok juga di sana. Angin waktu pagi yang sangat nyaman dan sejuk. Korang kalau pergi Cameron Highland jangan lupa jalan-jalan kat sini ye. Lagi satu, kalau korang nak datang kat MARDI, jangan datang lewat. Takut rombongan lain yang datang, dah bersesak-sesak plak nanti. Pergi pagi-pagi 'best', tak ramai sangat rombongan dan dapat berjalan-jalan dengan selesa.








Lama juga aku dan'family' jalan-jalan kat MARDI. Kemudian, kami ke Cactus Valley plak. Lawatan percuma. Hehehe. Cactus Valley nie terletak jauh sedikit daripada pasar malam yang kami lawat di Brinchang. Jauh ke atas Cactus Valley nie. Apa pun best juga lawat kat sana. Sempat juga 'family' aku beli pokok cactus yang kecil-kecil tue. Comel jer aku tengok. Murah juga, 5 pokok RM10 percuma 1. Hehehe...










Wah, seronok jugak tengok-tengok cactus. Bisa tercucuk duri lambat nak hilang. Tue lah gatal-gatal lagi nak usik. Huh, jalan sikit jer kat Cameron Hoghland dah penat jugak la. Lepas lawat Cactus Valley, aku dan 'family', terutamanya mak aku, gi memborong kat pasar tani di Brinchang dekat dengan Equatorial Hotel, Cameron Highland. Baru jalan kejap kat sana dah hujan lebat. Nak tak nak redah jer. 


Dah habis mak aku membeli-belah kat sana, kami merancang untuk bergerak pulang ke kampung di Seremban. Bukan alasan malas nak jalan lagi, tapi hujan lebat sangat sampai dah tak berdaya nak redah. Sangat kesejukan masa tue. Untuk perjalanan ke Seremban, aku dan 'family' ikut jalan ke Tapah, Perak. Bila dah ikut jalan ke Tapah sempat lah kami untuk singgah di Lata Iskandar. Jauh perjalanan nak turun dari Cameron Highland ke Tapah. Oleh sebab itulah kami singgah di Lata Iskandar untuk berehat sekejap.

 


 

 
Kemudian, kami meneruskan perjalanan pulang ke kampung. Sempat juga singgah makan di R&R Tapah. Kemudian kami ke Shah Alam. Kami makan malam di LBJ, disebabkan 'highway' untuk ke Seremban sesak. Jadi kami keluar ke Exit KLIA dan turun ke Bandar Enstek terus ke LBJ. Lepas makan di LBJ kami lalui Felda Sendayan dan sampilah kami di kampung Bemban, Mambau, Negeri Sembilan... TQ