Bismillahirrahmanirrahim….
Sudah lama rasanya aku tak upload aktiviti kat blog ni. Banyak sangat aktiviti kena buat sampai tak ter'update' blog ini. Lagi satu alasannya, aku malas nak habiskan gb broadband. Hehehe. Bukan apa, gb broadband aku setakat 1.5 je. Tu je yang aku mampu nak tampung untuk bulanan. J
TQ MAXIS...
Okay, hm masa awal bulan Oktober dulu, aku ada sertai pertandingan kuiz PNB dekat Kelantan. Walaupun aku tak menang sekurang-kurangnya aku dapat satu percutian yang sangat mewah lagi 'best'. Aku bertolak ke Kelantan (hari Selasa) pun dah dapat tiket kapal terbang Malaysia Airlines (MAS) lagi tu. Hebat!! Dan sangat seronok. Pertama dalam sejarah aku naik kapal terbang MAS plak tue…
Ni sarapan pagi aku kat KLIA... |
Ni Fiona, 'partner' kuiz aku... |
Okay, sekarang masa untuk aku, Fiona dan pensyarah pengiring ; En. Badrul bergerak daftar masuk untuk ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa...
Jom jalan masuk ke kapal terbang.. Haa yang tu 'flight' untuk jemaah haji... |
Sekarang aku dalam kapal terbang... Tu lar 'flight' jemaah haji tadi.. Heee~~ |
Bila aku sudah tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan, aku tertanya-tanya di mana aku dan peserta lain akan menginap. Seperti tahun sudah aku dan rakan sepasukan, Husna, Mia dan Mei Mun serta peserta pertandingan lain ditempatkan di Equatorial Hotel Bangi. Pada tahun ini pula aku dan rakan sepasukan, Fiona Ng, dapat rasa bermalam di Renaissance Hotel Kota Bharu. Agak lagi mewah dari hotel yang aku ‘check in’ tahun sudah. ‘Free’ aku menginap sini selama 4 hari 3 malam. ‘Best’!!! Antara koleksi gambar hotel yang aku sempat ambil.
Dah sampai!! 'Check in please'.... |
Alhamdulillah... Dah 'check in', aku ambil gambar dan 'round' hotel. Macam-macam benda yang menarik. Nice and beautiful. Kelaaaaas aku cakap kau Maria!!!!!
Koleksi hiasan bunga di RENAISSANCE HOTEL......
Yang kat bawah ni pula, antara kawasan di RENAISSANCE HOTEL...
Yang ni lebih kurang macam tempat 'informal meeting'. Santai-santai saja. 'Watch out' ada bar non-halal.. |
|
Cantik dan kreatif. Kalau naik tangga ni akan sampi ke Palm Terrace Cafe. |
Sekarang, jom ikut aku tinjau bilik. Aku dan Fiona kongsi satu bilik. Bilik aku ni, bilik yang paling atas antara semua bilik peserta-peserta kuiz PNB. Nak tahu tingkat berapa?? Tingkat 18 aku kata kat kau. Wooow!!!
Perkara pertama yang kena buat bila dah buka pintu bilik. |
Katil kami berdua. |
Yang sebelah sini katil aku. |
Dua gambar kat atas ni aku ambil dari bilik aku. Ada gelanggang tenis dan kolam renang. Gambar yang di bawah pula, biasa saja lah semua hotel memang ada : heater, set cawan, minuman 3 in 1 dll...
Seterusnya, aku nak tunjukkan situasi masa pertandingan sekali dengan gambar-gambar yang aku ambil kat kawasan sekitarnya. Pertandingan kuiz PNB ini dijalankan di IPG Kampus Kota Bharu. Boleh tahan besar juga kampus kat sana. Apa pun aku bangga sebagai guru pelatih IPG Kebitaraan Sukan Raja Melewar. J
Ini pentas kuiz PNB. Aku dapat 'group' merah. Peserta pertama jawab kuiz. Gigil kata kau.. |
Ini pemenang-pemenang kuiz. |
Sekarang, aku nak paparkan pula persekitaran IPGKKB. Buat 'members' aku yang belum pernah jejak lagi kat sana, aku tunjukkan kat korang macam mana rupanya IPGKKB tu. Tengoklah....
ni koperasi. Bagi aku, terbaik lagi koperasi IPRM. |
Haa, dua gambar atas ni cafe IPKB. Besar juga la dari cafe IPRM. |
Dah puas kan tengok gambar tadi?? Ada lagi yang aku tak ceritakan kat korang. Hm… Boom appetite!!! Inilah saat yang paling seronok. MAKAN, MAKAN, MAKAN!!! Makanan semua sedap-sedap belaka. Macam-macam adaaaaa……. Nak tengok???
Hari kedua, Rabu,(makan malam) di RENAISSANCE HOTEL :
Hari ketiga, Khamis, (sarapan pagi):
Hari ketiga, Khamis juga (makan malam):
Hari keempat, Jumaat, hari terakhir (sarapan pagi) :
Alhamdulillah. Selepas sahaja aku dan yang lain sarapan pagi, kami bergerak ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa semula untuk pulang ke IPG tercinta. Seperti hari Selasa juga, naik ‘flight’!!!! Apa pun, ini dibaratkan percutian terbaik buat aku... TQ
0 comments:
Post a Comment