Selepas tamat Family Day di Melaka, keluarga saya telah ambil kesempatan untuk membeli-belah di sana. Tempat pertama kami mula jejakkan kaki adalah MYDIN, Ayer Keroh. Sangat besar. Tapi, disebabkan saya ber-'mood' yang kurang baik, saya tidak menyertai keluarga membeli-belah di sana. Saya hanya menunggu di luar pasar raya keseorangan dengan hanya melihat pelbagai jenis gelagat manusia kini. Daripada yang tua hinggalah yang paling kecil, 'baby'. Macam-macam karenah mereka.
Kemudian, keluarga saya merancang untuk berjalan seketika di Banda Hilir. Perjalanan ke sana yang sememangnya hanya mengambil masa selama 10 hingga 15 minit menjadi hampir 1 jam disebabkan kesesakan lalu lintas yang berlaku bermula dari Ayer Keroh hinggalah ke Banda Hilir. Kami hampir berputus asa untuk ke Banda Hilir, dan akhirnya sampi jua kami pada jam 6.20 petang. Tatkala di sana, saya dan adik berjalan-jalan di sekitar Mahkota Parade meninggalkan yang lain yang leka membeli-belah di kawasan sekitar Dataran Pahlawan.
Kesempatan berjalan-jalan di Mahkota Parade membuatkan saya dan adik menjejakkan kaki untuk kali pertama di pusat bowling Mahkota Parade. Kami sempat bermain 1 ‘game’ sementara menunggu yang lain habis membeli-belah. Jam 7.05 malam kami beredar dan solat Magrib di Dataran Pahlawan, ‘shopping mall’. Selepas solat, saya dan keluarga makan malam di ‘cik nah café’, Banda Hilir. Kemudian kami bertolak pulang dan tiba di rumah jam 12.30 tengah malam…TQ.
0 comments:
Post a Comment