Pekarangan Stadium Tertutup Bkt Jalil
Ingin diceritakan kembali, “ Bermulanya detik 22 Ogos 2010 majoriti guru pelatih IPG Kampus Raja Melewar bersedia menyumbangkan masa dan tenaga untuk menempuhi liku-liku latihan sempena menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke-53 . Hendak dijadikan cerita berpusu-pusulah kami guru pelatih KPLSPM ke Putrajaya. Dalam keadaan berpuasa di bulan Ramadhan kami majukan juga kaki ini melangkah dari Putrajaya ke Bukit Jalil untuk latihan kemerdekaan.
Sempat lagi kami bergambar...!!!

Sebagai Muslim berpuasa, kami diberi makanan dan minuman yang cukup untuk sahur dan berbuka puasa. Kami berlatih mengikut watku dan masa yang ditetapkan; iaitu pada waktu pagi jam 6.00 hingga 1.00 tengahari dan malam dari jam 8.00 malam hingga 11.30 malam.
Sepanjang latihan kami selama 9 hari, ada ketikanya kami diberi kelonggaran untuk bersiar di Putrajaya. Kami dibawa bersiar di keselurahan kawasan dan akhirnya berhenti di Alamanda, Putrajaya. Di sana kami diberi peluang untuk membeli-belah dan melakukan aktiviti sendiri. ada juga yang mengambil kesempatan melepaskan stress mereka dengan bermain BOWLING. = )
Seronok dapat lepaskan stress... cheese = )
Pada 29 Ogos 2010, kami diberi cuti rehat 24 jam. Kebanyakkan guru pelatih memanfaatkan cuti tersebut dengan melakukan tugasan yang diberi pensyarah bimbingan mereka. Ada juga yang hanya melepaskan keletihan dengan tidur sepanjang hari. Itulah scenario yang berlaku pada cuti rehat tersebut. Kemudian sebelah petangnya pula, majoriti guru pelatih akan pergi ke bazaar Ramadhan berdekatan bagi mengambil peluang berkunjung ke gerai-gerai yang menyediakan juadah berbuka yang enak-enak.
after this time to bazar..
Tanggal 30 Ogos 2010, tepat jam 11.30 kami dikehendaki turun untuk aktiviti countdown kemerdekaan. Sambutan tersebut amat menggalakkan walaupun ada segelintir mereka yang masih lagi berhempas-pulas menyiapkan tugasan(assignment).
31 Ogos 2010, tibalah saat yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Kami sebagai tulang belakang sambutan Kemerdekaan ke-53 amat gemuruh dan berhati-hati melakukan persembahan. Alhamdulillah, perjalanan sambutan tersebut begitu lancar dan tenang.
Antara gambaran suasana di stadium
Jam 10.30 pagi kami bergerak ke Putrajaya untuk mengemas segala peralatan yang perlu dibawa pulang. Tepat jam 4.30 petang kami bertolak pulang ke IPG Kampus Raja Melewar. Walaupun dengan kondisi yang agak letih dan lesu kami tetap gembira dan berpuas hati. Untuk keesokan harinya kami diberi cuti untuk berehat melepaskan penat lelah kami dalam program sambutan kemerdekaan tersebut…. TAMMAT
Gambaran kediaman latihan kemerdekaan IPGM